Friday 28 December 2012

Suami ku ustaz



Novel Suami Aku Ustaz ni tentang seorang remaja berusia 17 tahun (nak amik SPM) bernama Alisa yang diminta berkahwin dengan sepupu sendiri bernama Hafiz kerana dia anak tunggal dan ibubapanya akan ke Mekah menunaikan haji. Lalu untuk menjaganya yang sendirian, ibubapanya bercadang menikahkannya dengan Hafiz yang juga merupakan guru agama (ustaz) di sekolah Alisa sendiri.




Pernikahan mereka berlangsung juga dalam pengetahuan keluarga sahaja kerana majlis resepsi hanya akan dilangsungkan selepas Alisa selesai SPMnya.

Walaupun janggal kerana selama ini hanya bersaudara dan menganggap abang-adik, rumahtangga mereka berlangsung dengan baik dan aman-damai. Ustaz Hafiz bertindak sebagai seorang suami yang sangat cemerlang — terus membuatkan aku membayangkan watak Ustaz Hafiz ini seperti pelakun Johan Arif Asari dalam drama Bunga-Bunga Syurga tuh (TV3 setiap Jumaat).

Novel ini tidak memaparkan konflik yang rumit. Hanya kisah perkongsian hidup dan pahit manis rumahtangga yang dilalui Hafiz-Alisa kerana Alisa menyambung pelajaran walaupun sudah bergelar isteri. Hafiz menjadi seorang ustaz bukan hanya di sekolah, tetapi juga seorang lelaki pembimbing yang baik kepada isterinya sendiri.

Sapa kata seorang ustaz tidak romantik? Novel ini memaparkan Hafiz memang seorang yang romantik – aduh, bayangkan Johan Asari lagi!

Walaupun ada godaan yang tiba melanda hati Alisa sepanjang menjadi mahasiswi (kerana dia tidak bersedia memaklumkan status perkahwinannya, bimbang tidak mendapat penajaan biasiswa), tetapi akhirnya Alisa sedar andai dia menurut kata hati dan godaan seorang lelaki lain yang baik terhadapnya, sudah pasti rumahtangganya akan tergugat.


Bayangkan seorang gadis remaja age 17 tahun, berkahwin dengan seorang lelaki matang berumur 28 tahun. Tetapi Ustaz Hafiz berjaya membentuk Alisa menjadi isteri yang muslimah lagi dibanggakan. Dan result SPM dia 9A!

Ada beberapa dialog yang aku suka nak copy paste di sini:
Hafiz: “Perempuan tak elok pakai jean.”
Alisa: “Selama ni selalu jer Lisa pakai.”
Hafiz: “Lepas ni jangan pakai lagi. Sekalipun lelaki punya. Abang tak suka tengok. Kalau pakai yang perempuan punya, ketat. Kalau pakai yang lelaki punya, dah serupa lelaki. Lagipun Lisa, apa salahnya pakai pakaian yang suami suka.”

***

Hafiz: “Solat tu kan mencegah maksiat, Lisa. Bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itulah jadinya. Itu pun kalau diaorang solat. Kalau tak apatah lagi. Boleh lupa yang kita ada CCTV dekat atas nun.”
Alisa (monolog): CCTV. Baru sahaja tadi aku bercakap fasal malaikat kiri kanan. Ustaz ni lagi advance, guna CCTV terus. Yalah, Allah tu kan Maha Melihat.

Antara lain yang best, bila Alisa mengandung, Ustaz Hafiz yang terkena alahan sampaikan dia letih nak bangun qiam. Dah jadi terbalik, Alisa pula yang kejutkan dia tengah malam untuk qiam.

Dan yang best lagi, novel ini banyak menceritakan tentang sejarah kemuliaan Nabi dan para sahabat serta pahlawan-pahlawan Islam pada zaman dulu. Best tau baca. Tahniah buat penulis novel ini. Dalam lembut ada tajam menikam, dalam lucu ada pengajaran yang wajar diambil.

*Novel tulisan Hannah Dhaniyah dengan harga RM22.00 terbitan KaryaSeni.

No comments:

Post a Comment

. Assalamualaikum .
. sila tinggal kan pesanan anda disini .