Friday 21 December 2012

Cinta 3 Suku



2 3 harini rajin lak aku mengupdate cerita kat sini. Tetiba datang lak idea nak merapu meraban kat sini. Nasib la ada cara lain yang leh digunakan untuk hidupkan internet kat PC ni, klu tak memang tak ber'on' la.

Kali ni aku rasa macam nak cuba tulis pasal novel. Nak kata review tu tak tau la. Aku ni tak pandai nak buat review-review ni. Kang salah cerita dah jadi sinopsis. Layankan je la apa yang aku nak merapu ni.



Permulaan cerita ni agak sedikit sama dengan drama SIDARELA lakonan Sharifah Amani dan Bront Palare. Mungkin disebabkan watak Iman dan Kapten Azahari iaitu watak utama dalam novel ni persis watak dalam drama SINDARELA. Tapi bila dah dibaca helaian demi helaian watak-watak ini semakin jauh dengan watak drama tadi. Dalam novel ni Iman berwatak agak dinamik. Berlaku konflik dan perubahan dalam dirinya. 'Perang' antara 'minah sewel' dan 'mamat 3 suku' merupakan kekuatan dan akan diingat oleh setiap pembaca. Konflik yang ditimbulkan antara 2 orang ini juga menmbuatkan cerita ini makin menarik bilamana secara kebetulan mereka mempunyai kaitan tanpa disedari. Kejutan demi kejutan juga semakin wujud.

Berlatarbelakangkan gaya hidup remaja zaman sekarang, sekali-sekala Iman teringat kisah-kisah silam yang terjadi dalam dirinya. Mungkin ada sesetengah pembaca agak tidak gemar dengan 'imbasan kembali', namun CINTA 3 SUKU agak berjaya membuatkan pembaca tidak 'skip' walau seperenggan pun.

Walaupun Iman kelihatan agak sempoi, namun dalam hati seorang perempuan itu sentiasa menginginkan diri dilayan dengan selembut-lembutnya. Seperti juga Kapten Azahari, ego yang sentiasa menguasai diri, namun lemah bila berada disamping wanita yang dikasihi. Dua watak utama ini sentiasa bercakaran sehingga mengundang insiden yang tidak dijangka.

Maklumbalas yang aku dapat daripada kaki novel ( pembaca ), kebanyakan mereka merasakan nilai RM19.90 tu agak berbaloi untuk senaskah karya milik Herna Diana ni.

No comments:

Post a Comment

. Assalamualaikum .
. sila tinggal kan pesanan anda disini .